background

Friday, April 25, 2014

Info For You : PIRAMID MAKANAN


Entry ni bertujuan untuk menyedarkan anda dan diri aku sendiri sebenarnya.. Untuk mereka-mereka yang suka makan tu, bagus sebab korang menghargai nikmat hidup yang ada.. 

Cuma... 
dek kerana makanan zaman sekarang ni yang banyak campuran bahan kimia yang menjadikan makanan tu tak sihat, jadi kita kena lah beringat juga. Mana yang perlu dilebihkan, mana yang perlu dikurangkan kena juga kita ambil tahu.
Okay?

PIRAMID MAKANAN ni  korang boleh gunakan sebagai rujukan dan panduan. Tengok dan analisis mana yang boleh dan mana yang tak boleh. Macam biasa lah, be moderate. Aku dah pesan banyak kali kan? Suka macam mana pun kat makanan tu, kena beringat memudaratkan diri ke tidak. 
Barulah hidup sentiasa sejahera... 


Dah tengok, kena ingat.. 
Kalau tak ingat, korang tulis lah kat mana-mana kasi ingat. Barulah cool, tahu? 
Lagi sekali pesanan tu untuk diri aku sendiri sebenarnya.. sigh~~

Selamat bersihat-sihat!

Thanks for reading this..

XOXO
...zenyerna...







Tuesday, April 22, 2014

Do You Know CHOCOLATE?

Do You Know CHOCOLATE?


Ada ke orang yang tak suka coklat? Okay mesti lah ada kan... Tak semua orang suka benda yang kau suka, tahu?  Dan kita acapkali dimomokkan dengan cerita-cerita yang kononnya coklat ni menggemukkan lah, merosakkan gigi lah, meng itu dan meng ini lah.. dan sejujurnya, aku langsung tak terkesan pun dengan segala mitos yang tersebar luas tu. Sebab aku ni sejenis orang yang kalau aku dah suka, aku akan cari alasan untuk menjadikan benda tu kalau tak berkhasiat mana pun sekurang-kurangnya tak memudaratkan diri si pemakan.. Tapi kalau dah terbukti yang makanan tu memang confirm bahaya dan kau nak makan juga, kau memang cari nahas lah...

Adakah korang tahu yang coklat ni sebenarnya banyak khasiat juga untuk badan.. Tapi dengan pengambilan yang terkawal lah, bukan kau makan coklat style makan nasi pula.. Be moderate, kan aku dah pesan dulu, ingat? 

Sayang semua, ni antara kebaikan coklat yang aku ambil daripada laman web http://www.sabah.edu.my/. Gigih hokey akak.. Kau hadeh!

Coklat bukan sahaja sejenis makanan yang berkhasiat tetapi juga menyumbang kepada pemakanan yang seimbang berdasarkan kepada asas pemakanan berikut:-
  • Lemak merupakan 35% pengambilan tenaga secara purata
  • Protein kira-kira 15% daripada pengambilan tenaga
  • Karbohidrat kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga
Maka coklat boleh menyumbangkan:-
  • 15% Lemak
  • 6% Protein
  • 17% Karbohidrat
  • 15% Tenaga
++ Vitamin dan Mineral yang diperlukan

Wah wah wah... menarik bukan? Ish ni baru sikit, ada banyak lagi khasiat coklat ni. Aku tulis secara ringkas je lah ya. Untuk info lengkap boleh rujuk laman web kat atas tadi.. 
  • Lemak koko dalam coklat merendahkan paras kolestrol.
  • Coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik.
  • Coklat mudah cair di dalam mulut yang menghalang pertumbuhan plak gigi.
  • Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung.
  • Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. 
  • Secara perbandingan, sekeping coklat susu mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama.
Okay dah tahu kan khasiat coklat, so korang teruja tak macam mana aku tengah teruja sekarang ni? Kalau korang tak teruja maksudnya korang ni mesti spesis yang tak berapa berperasaan sangat. Kira agak hati batu juga lah korang ni. Eh, gurau... ihik.


Enjoy your Chocolate!

Thanks for reading..

XOXO
...zenyerna...



Sunday, April 20, 2014

Do You Know TEMPE?

Do you know Tempe?

Did I mention that I am Javanese? Ya, nanti mesti ramai yang cakap nama je ala-ala omputih tapi rupanya orang Jawa.. Okay biasa dah dengar. Memang dari kecil mesti orang dok sakat macam tu.. Sigh~~

So, maaflah kalau makanan-makanan yang aku share dalam ruang ini kebanyakannya lebih kepada makanan daripada suku kaum Jawa. Bukanlah bersifat perkauman ke hapa, cuma aku lebih dekat dan kenal dengan makanan suku Jawa ni. Dah kalau mak, abah, tok moyang kau semua Jawa, than kau fikir mak aku nak masak spegeti kat rumah? Tidak lah sayang oi..


Okay fokus.. Balik semula kat kisah tempe. Rasanya ramai yang dah terjebak menggilai keenakkan serta kelazatan rasa tempe ni. Terutamanya bila digoreng dan dicecah dengan sambal kicap. Pehh! Sedap dia memang tahap kau nak jilat pinggan tahu tak? Eh, melampau sangat metaforanya... Tapi personally memang favorite aku tempe goreng ni.. Kalau dimasak, aku macam kurang sikit. Suka bila digoreng sahaja, the taste akan jadi lagi umpp..  kot?

Dan kalau tempat aku tinggal, which is kat Kota Tinggi nun sana tu.. ada mitos mengatakan yang kalau kita hari-hari makan tempe, kita boleh jadi pandai dari segi intelektualnya. Kiranya boleh jadi pandai lagi bijaksana lah. Tapi nak kata dongeng pun macam betul. Sebab aku ada kawan yang ayah dia pembuat serta penjual tempe sampai sekarang dan adik beradik dia Alhamdulillah semua berjaya. Dia ada 17 orang adik beradik okay, kawan aku tu sekarang masih belajar kat India dalam bidang Medic. Jadi, mitoskah ia?


Kalau yang tak tahu, tempe ni diperbuat daripada kacang soya. Proses buat dia memang memakan masa yang agak panjang sebab kacang soya tu perlu direndam ke dalam air selama beberapa ketika mungkin dalam seminggu untuk mendapatkan tekstur kacang soya yang terbaik dan menghasilkan tempe yang the best. Lepas dah rendam tu, kau kena pecahkan kacang soya tu guna mesin. Tapi kalau orang zaman dulu sebab teknologi belum maju lagi, diorang akan pijak-pijak je kacang soya tu sampai hancur. Tapi pijak tu beralas la untuk pastikan kebersihannya. Lepas tu, adalah campurannya untuk menjadikan kacang soya tu bercantum dan boleh dibungkus di dalam daun tempe (daun apa tak ingat nama). Kenapa aku macam tahu sangat ni? Sebabnya parents aku dulu pun pembuat tempe juga, tapi zaman sebelum aku lahir lah.. 

Dan kita tahu kekacang ni memang banyak khasiatnya.. Sebab tu lah mungkin ia boleh merangsang pertumbuhan otak sehingga tersebarnya mitos macam aku cerita tadi. Ni ada 10 khasiat tempe seperti yang dikaji oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM):

1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi, mudah dicerna sehingga baik untuk mengatasi  cirit-birit.
2. Mengandung zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan sehingga menurunkan tekanan darah.
3. Mengandung superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita jantung.
4. Membaiki masalah  anemia. Anemi ditandai dengan rendahnya kadar hemoglobin kerana kurang tersedianya zat besi (Fe), tembaga (Cu), Seng (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe.
5. Anti infeksi. Hasil survey menunjukkan bahwa tempe mengandung senyawa anti bakteri yang diproduksi oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotika yang bermanfaat meminimalkan kejadian infeksi.
6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak jenuh ganda pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol.
7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser.
8. Mencegah masalah gizi ganda (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang menyertainya, baik infeksi mahupun degeneratif.
9. Mencegah timbulnya hipertensi.
10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis.

Terbukti tempe ni memang bagus untuk dimakan sebab banyak khasiat yang aku pun baru tahu.. Lepas ni, korang makan snack tempe je la gamaknya ye.. 

Enjoy your tempe!

Thanks for reading this. 

XOXO
...zenyerna...



Tuesday, April 15, 2014

EAT COLORS : PART 2

SALAM AND HI AND HELLO AND WHAT'S UP GUYS?

Entry ringkas kali ni masih lagi pasal warna pada makanan ye kawan-kawan.

Sebab sekarang ni dah tahu nutrition yang ada untuk setiap warna pada makanan. Tapi masalahnya orang jadi confuse, warna hijau ni apa je makanan yang ada. Karang warna ungu pula makanan apa je. Warna putih lagi la masalah, sayur apa je yang ada warna putih, kan?

Okay takpe jangan kalut. At least korang ada usaha untuk tahu tu dah kira terbaik sangat la tu. Ye lah, ramai Lecturer aku pesan yang menilai kesungguhan pelajar tu ialah daripada effort pelajar itu sendiri. 'A' bukan ditentukan hanya berdasarkan ujian di atas kertas, tetapi melalui effort yang berterusan untuk mendapatkan 'A' itu sendiri.. Emm kadang aku pun dok fikir, cukup ke effort aku yang tak seberapa ni? Eh, lari tajuk kot, sorry.. 

Let's continue..  

Kat bawah ni adalah roda makanan berdasarkan warna. Korang paham-paham kan ye, take note mana perlu.. (gambar masih lagi via Google Image)


Tulisannya tonggang terbalik sikit, harap maaf... Okay sekarang dah tahu makanan apa je berdasarkan warna kan? So, lepas ni dah boleh buat planing nak makan apa day by days. Takde la hari-hari dok makan sayur kangkung dengan terung. Variasi la sikit... Come on lah babe.. Okay tu kata-kata untuk diri sendiri sebenarnya!

Thanks for reading!

XOXO
...zenyerna...







Sunday, April 13, 2014

EAT COLORS !

SALAM AND HELLO ALL!

Entry kali ni masih juga mengenai makanan. Sebab aku sejenis pemakan tegar. Aku kira aku hidup untuk makan! Eh, tak lah.. Matlamat makan masih lagi untuk manusia terus survive dalam kehidupan kan.. Okay korang, sedari kecil lagi mesti emak dan abah korang akan paksa korang makan sayur kan? dan kanak-kanak biasanya susah sangat disuruh makan sayur sebab warnanya hijau. Tapi tetap juga kena paksa makan walaupun kau nak protes seharian ke hapa ke, makan tetap makan. Masa aku kecil dulu, aku hairan juga.. kenapa nak dipaksa makan sayur? Cukuplah aku makan nasi dengan ayam atau ikan. Kenapa mesti sayur hijau tu? Why Mama, why?? okay tu drama~~

Nak tahu kenapa? Sebenarnya, setiap warna pada makanan tu membawa khasiat yang berbeza-beza. Sayur terutamanya kan ada banyak warna kan? Setiap warna tu ada khasiatnya yang tersendiri.. Sebab tu lah parents akan paksa anak diorang makan sayur sedari kecil lagi, untuk absorb khasiat makanan tu seawal usia kanak-kanak korang lah. Mak ayah kan selalu nak kan yang terbaik untuk anak-anak diorang. Takde maknanya diorang akan paksa korang benda-benda yang tak berfaedah..

Gambar bawah ni menerangkan secara ringkas khasiat makanan berdasarkan warna. Supaya korang senang paham so aku cari yang paling ringkas yang ada. Kalau ayat panjang lebar karang korang malas nak baca pula. Kan? (gambar via Google image)


Sekarang dah tahu kan khasiat makanan berdasarkan warna. So lepas ni tak boleh pilih-pilih dah tak nak makan yang tu lah, tak nak makan yang ni lah.. makan je segala jenis sayur-sayuran yang ada kat muka bumi ni. Okay?

Sekian sahaja, sampai ketemu lagi!


XOXO
...zenyerna...





Thursday, April 10, 2014

To Food Lover...

Salam.. 

Hi all.. 

this word is for you food lover!
enjoy your meal and have fun dear..


Yes I know, We are the best people.. All of us are the best people..
enjoy your life, enjoy your food..
but remember, eat clean!


LOVE

XOXO
...zenyerna...



Saturday, April 5, 2014

Info For You.. FRUIT

Hi guys...

Do you a fruit lover?
or maybe you hate fruit??

This is the reason why you should love fruit... 


Eat clean, stay healthy!

XOXO
...zenyerna...



Thursday, April 3, 2014

Do you know Nasi Ambang?

 Do you know Nasi Ambang?

Aku yakin sebagai rakyat Malaysia, semua orang mesti tahu apa itu Nasi Ambang. Ke aku yang yakin sendiri waima sebenarnya orang tak tahu pun.. okay tidak mengapalah, pada yang tak tahu tu biar Kak Zeny bagitahu ye. Nak sebut Nasi Ambang ni dengung kena lebih sikit.. barulah macam orang Jawa gitu… sebab kalau orang Jawa kami panggil AMBENG bukan AMBANG okay adik-adik… Nasi Ambang ni biasanya lebih sinonim dengan orang yang berketurunan Jawa. Makanya, memang buat malu keturunan lah kalau aku tak tahu apa itu Nasi Ambang walhal di kedua-dua side mak dan abah, diorang berdua memang orang Jawa sejati okey…  Kalau kat Malaysia ni, Nasi Ambang lebih popular dalam kalangan masyarakat Jawa-Johor dan Jawa-Selangor.  Aku ni keturunan Jawa-Johor, jadi aku memang membesar dengan Nasi Ambang.. Dari kecil lagi, kalau abah balik kenduri mesti bawa balik Nasi Ambang sebab biasanya Nasi Ambang akan dihidangkan sewaktu ada keraian atau ada majlis kenduri kendara. Orang kata, Nasi Ambang ni merupakan lambang keberuntukan, sebab tu lah selalunya dihidangkan semasa kenduri kesyukuran atau ‘selamatan’ dalam istilah jawanya.. 

Gambar dari Google.. Nasi Ambang yang dihdang di atas talam..
Kalau bukan orang Jawa, mula-mula tu mesti akan berasa pelik dengan cara hidangan Nasi Ambang ni. Abang ipar aku orang Pahang. Masa first time dia ikut abah pergi kenduri, memang dia agak culture shock jugak lah.. ye la, tuan rumah hidangkan Nasi Ambang, tapi bila dia baru mula nak makan, orang lain semua sibuk bungkus nasi masuk dalam plastik.. Nasi Ambang biasanya akan dihidangkan kat dalam dulang untuk 4-5 orang makan.. tapi biasanya untuk 4 orang lah, jadi tuan rumah akan siap-siap sediakan 4 ketul ayam, kiranya lauk untuk 4 orang makan dan tak perlu rebut-rebut pun sebab semua orang akan dapat bahagian masing-masing.. tapi sebab abang ipar aku waktu tu dia macam terkejut, dia pun suruh pakcik-pakcik tu bungkus sekali bahagian dia.. at last dia balik berlapar walhal balik dari kenduri kot. kesian… Oleh sebab Nasi Ambang tu orang akan bungkus bawa balik rumah, tuan rumah biasanya akan sediakan makanan lain untuk dimakan kat situ. Contohnya macam kuih-muih ke, buah-buahan ke atau apa-apa sahaja yang lebih ringan berbanding nasi.. Macam tu lah kaedahnya.. 

Apa je lauk Nasi Ambang ni? Okay Nasi Ambang ni merupakan hidangan khas masyarakat Jawa berupa nasi putih yang dihidangkan di dalam dulang atau talam beralas daun pisang dan diletakkan lauk pauk disekelilingnya. Lauk pauk biasanya berasaskan kicap seperti ayam masak kicap, sambal goreng Jawa (menggunakan kicap), serunding, mee goreng (ni pun guna kicap) dan ikan masin (biasanya menggunakan ikan masin bulu ayam untuk Nasi Ambang). Dan sedikit info, paling penting Nasi Ambang ni orang akan makan menggunakan tangan ye dik bukan pakai sudu garfu.. kalau korang makan Nasi Ambang guna sudu garfu, jangan kecik hati la pulak kalau satu kampung gelakkan engkau nanti ye. Tehee.. 

Okay itu je la rasanya sedikit tentang Nasi Ambang kegemaran masyarakat Jawa seantero dunia. So, in case kalau korang kawin dengan orang Jawa, takde la korang culture shock sangat macam abang ipar aku.. hahaha 

Sekian… Thanks for reading this.. 

LOVE
..zenyerna…



Sunday, March 30, 2014

Do food is an enemy?



My parents once said, food is one of the greatest give from God. 
Don't waste it, enjoy every meal and share with others.. and God will give you more.

but then when I growing up, everyone keep telling me completely a different thing.
Everything's become prohibited, banned and dangerous. 
"Don't eat this.."
"That food is unhealthy.."
"Don't you dare drinks that water.."
"This food will make you become fat!"

Food is just a food.. Enjoy your food in moderation. 
It's okay to be fat. Not all the skinny girls look good.
It's okay to eat a lots. Not all the food is bad.
It's okay if people keep judging yourself, they never living in your shoe.
As long as you happy being you, it's okay.
You are not a bad person just because you do not listen to others opinion.

Every person are beautiful in their own way. 
But promise me one thing, you'll love yourself no matter what shape you are. Be positive, there is lot of more things more important than being perfectly fit.

Take care of your heart and soul.
That's is the most important thing.
You are the most beautiful person when your heart is clean!





Thursday, March 27, 2014

Do you know Lempoyang?

Do you know Lempoyang?

Maaf terdahulukan sebab aku sendiri kurang pasti Lempoyang ni berasal daripada bahasa negara mana. Entah bahasa Malaysia atau Indonesia aku sendiri kurang pasti. Sebab aku berketurunan Jawa, jadi kadang tu belaku kecelaruan bahasa jugak lah. Tapi yang pastinya, Lempoyang and I, is not a bestfriend!

Rupa sebenar Lempoyang, pada sesiapa yang tidak tahu..
(Gambar dari Google)
Masa zaman anak-anak dulu, kami adik-beradik ni memang susah disuruh makan. Kalau bab makan nasi memang payah. Sebolehnya akan cuba mengelak. Entah lah kenapa. Mungkin sebab snacks atau makanan ringan atau bahasa kampungnya ‘jajan’ ni lagi best untuk dimakan. Lagi senang, lagi cepat dan lagi sedap obviously. Maka disebabkan kedegilan kami, Emak lancar satu strategi. Siapa payah disuruh makan, Emak mesti ugut akan dikasi minum Lempoyang.

Rasanya, semua adik-beradik aku dah pernah minum Lempoyang ni at least sekali . And then tersebarlah kisah akan kedasyatan rasa Lempoyang ni. Okay, metafora melampau sikit. Tapi seriously rasa Lempoyang tu memang oh man.. dasyat! Aku pernah dipaksa minum sekali. Sebab degil sangat barangkali. Nah.. rasakan sendiri kelazatan jus Lempoyang itu. Mak kata, orang tua-tua cakap Lempoyang ni bagus untuk menambah selera makan. Cukup sekali minum, selera makan aku memang melampau sampai sekarang. Mak cuma blander Lempoyang tu dengan air, dituang ke cawan dan dipaksa minum (mungkin macam nilah sebab aku tak pernah pula tanya macam mana mak buat waktu tu). Perhh… rasa dia pahit, sangat-sangatlah pahit. Memang tahap aku minum sempat cecah tekat seteguk, selebihnya berhamburan ke lantai. Sebab kejutan rasa di anak tekak sehingga memaksa tindakkan kurang sopan dilakukan. Eh, sebenarnya tu salah satu strategi aku. Ye lah, seteguk je dah cukup azab, kalau secawan? Ishh tak dapat nak bayang. Ke aku je yang berfikiran begitu? Entah, lain orang lain selera. Aku kadang memang over sikit.

Look good, taste great..
Lempoyang juice for a better you. Enjoy!
Entah kenapa, tiba-tiba aku teringat cerita pasal Lempoyang ni. Sebab dunia sekarang di hujung jari, aku pun search lah tanya Uncle Google. Betul ke Lempoyang ni bagus sangat. Dan sekali lagi, oh man. Orang zaman dulu ni memang terror. Tak perlukan saintis untuk tahu khasiat sesuatu tumbuhan. Ya, memang benar. Salah satu khasiat Lempuang ni adalah untuk menambah selera makan.

Lempoyang atau nama binomialnya ‘Zingiber zerumbet’ atau dalam bahasa Inggeris halia syampo merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga Zingiberaceae (sebenarnya adik-beradik dengan halia). Menurut kajian, Lempoyang diketahui mampu menginduksi apoptosis sel-sel kanser! (sumber: wikipedia). Selain itu, Lempoyang ini juga sangat baik untuk mengubati nafsu makan,sesak nafas dan bau badan, merawat penyakit kanser serviks (pangkal rahim) serta dapat membantu memperbanyakkan air susu badan.

Okay, aku sedikit terkesima. Tak sangka lah pula bagus rupanya si Lempoyang ni. Aku dulu pernah terfikir nak racun je pokok tu biar terhapus terus dari pandangan mata Mak. Emak ada tanam satu pasu kat tepi rumah supaya senang dia nak buat jus untuk anak-anak dia. Maybe I should thank my mom now. 
Even the taste is the worse, but the benefit is amazing. And I truly salute the old peoples. How can they know so well about this kind of knowledge?

No wonder I have a big appetite. This is all your fault Zingiber zerumbet! Eh, just kidding. I will try to enjoy you sometime. (in my dream ^^).  It is good to share the knowledge but I don’t think I can handle the taste, sorry..

Till we meet again.. Stay health!

Thank you…..bye



MH370



"Daripada-Nya kita datang, daripada-Nya jua kita kembali.."

heartbreaking
but.... 
at the very end, Allah knows better.

My condolence to the families of passengers MH370

انا لله وانا اليه راجعون






Wednesday, March 19, 2014

S P M !


For those who taking the SPM result today, good luck...
welcome to a brand new world.. you not a kids anymore..
whatever it is, congrats your effort..

the future is yours!
Congratulation.. whatever the result turn out to be, be grateful.. 
you life is just begin...
~~ GOOD LUCK ~~




Monday, March 17, 2014

Do you ever eat at the RESTAURANT?

Aku yakin setiap daripada kita pernah paling tidak sekali makan kat kedai makan kan.. tak kiralah untuk tujuan apa sekalipun… sebab nak buat discussion ke atau nak borak kosong ke atau sengaja memang lapar dan malas nak masak jadi pilihan paling best yang ada pergi lah kedai makan with lots choices of food to choose. Aku pun sejak jadi student ni dan sebab kena survive makan sendiri, selalu lah makan luar.. lepak kedai makan.. lagi best kalau ada free wifi.. tak lah sakit hati sangat tungu service lambat macam kucing malas..

Yes that is the point here.. Service lambat a.k.a lembab.. siapa yang tak sakit hati kan.. plus makanan pulak rasa hampeh perhh lagi gua bengang beb.. sebab aku jenis yang suka cuba tempat baru. Eh silap.. bukan aku tapi kawan aku. Kalau ikutkan, aku suka pergi kedai yang sama je sebab sah la kita dah tau service and quality makanan diorang tip top.. Tapi bak kata kawan gua, ‘kita kan nak mencuba’ jadi ikutkan lah… selalu masuk kedai lain-lain, try mana paling best jadi boleh buat perbandingan which stall give you the best service (since we are a business students so we have to experience it ourselves about the marketing strategy and stuff.. )

Enty ni aku tulis khas untuk mereka-mereka yang amatlah tak penyabarnya bila berdepan dengan kes-kes macam ni.. SERVICE SIPUT.. Ya aku tahu memang sakit hati lagi-lagi time korang lapar tahap nak kena gastric… mesti time tu kau rasa dah kenapa kedai ni lembab sangat.. lepas tu mula la nak jadi serigala jadian, semua pekerja kedai kau nak marah.. maki hamun dengan kata-kata nista macam engkau ni kerajaan seluruh wilayah.. owh please, I seriously sick of this people..Aku pernah kerja jadi pelayan kedai makan dan aku salah sorang pekerja malang yang free free kena maki dengan pelanggan.. How loser you feel when the customer treat you like an animals.. Do I look like an animal to you MAKCIK? Bukankan sedari kecil lagi kita diajar untuk menghormati sesama manusia tanpa mengira status ataupun keturunan?

FZ Delicious Restaurant. tempat kerja aku sepanjang cuti semester lepas.

Aku juga seorang pelanggan..dan lebihnya aku juga pernah merasa bagaimana rasanya menjadi pelayan kedai makan.. jujur sebelumnya aku juga keji, memandang semua pekerja kedai makan ni paling rendah pendidikannya.. paling tak diterima mana-mana sektor pekerjaan lain.. paling biasa-biasa.. MAAF, silap aku paling besar untuk punya akal fikiran secetek itu…. Jadi mungkin layak untuk aku terima herdik pelanggan aku dulunya.. well, the world is round dude! What you give, you get them back.. Allah is there watching every step of you…

Tapi, hanya sebab kita mungkin lebih sikit dari diorang tak membolehkan kita menjadi biadab. Kita kan sesama manusia, cuba letak diri korang kat tempat diorang. Apa kau rasa kena hina depan orang ramai? sakit hati beb, and obviously perasaan tu akan buat kau rasa down gila macam kau ni useless habis! Hormatlah... kita semua hamba, yang lebih cuma amalan kita barangkali.. tapi kalau kau riak, tidakkah amalan kau itu jadi tiada makna..

Dan tafsiran angkuh aku sememangnya salah! Siapa kata semua pekerja kedai makan tu tidak punya pendidikan. Obviously, time aku kerja dulu pun aku tengah semester break.. dan tahap pendidikan aku ialah Ijazah Sarjana Muda Pendidikan! Dan sebenarnya aku kerja kedai kakak aku waktu tu.. dan kakak aku adalah Account Executive dekat satu syarikat swasta.. sebab minat dia bukak kedai makan dengan husband dia… husband dia pulak Marketing Manager dekat satu Kolej Swasta kat Johor.. dan masa aku ambil lesan dulu, ketua JPJ time tu pun dia ada buka kedai makan.. dia pun promote la kedai makan dia kat kami orang suruh datang… SEE!! Bukankah mereka-mereka pada dasarnya punya pekerjaan yang jauh lebih kukuh, tetapi disebabkan minat dalam bidang makanan, diorang sanggup bekerja dalam sektor perkhidmaan pada malam hari.. jadi siapa kita untuk merendahkan mereka yang kita sendiri tidak tahu asal usulnya.. entah barangkali taraf mereka jauh lebih baik dari kita yang berlagak baik ni.. I should feel ashamed for thinking that way before!!

And kau rasa diorang saja-saja ke nak lambat? Siapa tau entah kat dapur tu tangan dioran melecur ke, entah terkena pisau ke, entah-entah diorang jatuh bedebuk tersungkur ke.. kau tak tau dan kau pun tak kan ambil tau sebab bengang punya pasal. This is the fact, nobody care how you make it. They just want you to make it real fast no matter how thing turn out to be.. no matter what you are going through. Now, do you surprise how human can be so mean to other human being!

Jadi anda-anda, hormatlah sesama manusia.. kalau korang bengang, sedekah lah senyum kat diorang.. Don’t you know, SMILE can heal everything? Tak payah marah-marah rasanya, tak elok untuk perkembangan emosi andakalau confirm service diorang memang hampeh gila, next time dah tak payah datang kedai tu lagi.. banyak lagi kedai lain boleh pilih.. hormat, bersangka baik, be positive.. and at the end, everyone going to be happy..

Aku wakil semua pelayan kedai makan, nak cakap terima kasih pada semua yang ada daya untuk sabar, untuk hormat kami, untuk setiap terima kasih anda pada kami.. Seriously, a simple Thank You could means a world to us.. so, THANK YOU..



Thank you for stay till the end.. .

and thank you for reading this J





Wednesday, March 5, 2014

Do you know 'KEROPOK LEKOR'??

Hi all.. Assalamualaikum..

do you know KEROPOK LEKOR?

Keropok lekor.. makanan paling dekat dengan rakyat Malaysia.. rasanya aku anak Jawa sejati ni pun gila betul dengan keropok lekor.. terpulang la korang tapi aku suka kalau keropok lekor tu tak terlalu tebal atau tak terlalu tipis… kira macam just nice lah untuk memudahkan gigi terabur aku ni mengunyah dan tekak menelan… jadi boleh hadam dengan elok kan..

Gambar ihsan GOOGLE IMAGE
Like how Prosperity Burger in McDonalds remains you of Chinese New Year, and Grill Chicken Burger (GCB) is remains you of Hari Raya.. KEROPOK LEKOR always remain me of my school life.. zaman hingusan. Zaman baru nak pandai belajar erti kawan.. zaman di mana kau hidup tanpa perlu fikir apa-apa pun pasal masa depan.. orang putih kata living without no worries.. ye lah, zaman tu apa saja lah yang kau nak fikir.. paling besar masalah pun cuma masalah tak siap kerja sekolah.. okay tu memang sengaja lah cari masalah sendiri kan.. datang sekolah cuma nak borak dengan kawan-kawan. Seronok gossip pasal orang lain macam diri sendiri perfect sangat..

Kringgg….

Loceng rehat paling best.. biasanya aku dah siap pasang kuda-kuda dah.. loceng bunyi je terus lari target kantin.. berebut-rebut nak beli ‘keropok basah’ (orang JOHOR panggil keropok lekor tu keropok basah).. kalau lambat nanti mesti tak sempat beli jadi kena berebut sikit.. hari-hari beli seringgit. Dapat la sepuluh keping.. puas makan sorang, kalau ada member mintak perhh memang bengang sebab rasa heaven sangat dapat makan keropok lekor zaman tu..  sos memang kena banjir baru sedap. Lepas tu habis menjejes kena tudung sekolah.. masa tu apa ada hal, tak rasa pengotor tahap dinasor pun walaupun sos penuh kat tudung walhal bila balik rumah mesti mak marah sebab satu hal nak kena sental tudung kasi putih balik…

Zaman itu.. kalau boleh putar waktu aku nak balik semula ke zaman tu… sebab zaman dulu-dulu tu kan seronok. Tapi yang pasti semua tu cuma kalau.. sekarang dah 24 tahun. Aku masih lagi suka keropok lekor walaupun sampai sekarang aku tak pernah jumpa mana-mana kedai yang potong keropok lekor sebijik macam makcik kantin sekolah aku dulu potong.. atau yang punya sama rasa macam zaman sekolah dulu.. mungkin takkan jumpa yang sama lagi, sebab memori zaman sekolah tu yang buat keropok lekor sedap sampai tahap makan hari-hari pun gua takde hal… 


Memory is the best things you have because we cannot keep things forever but memory is everlasting. Semua-semua yang pernah ada bersama aku selama ni, terima kasih. Untuk semua memori yang takkan pernah mampu terlupakan, I am truly appreciated it. Moga kita semua capai apa sahaja yang kita cita-cita kan dulu.. 

Darjah 6 tahun 2002 SK SERI AMAN.. UPSR candidates..
Tingkatan 5 tahun 2007 SMK SERI AMAN: SPM candidates
Upper 6 tahun 2009 SMK BANDAR KOTA TINGGI: STPM candidates....
I am truly bless to call you my friends, hope you know that… miss all the moment that we shared.. the tears and joy…miss you much my friends J

THANKS FOR READING…



Thursday, February 27, 2014

Introduction of Firdiana's Country!!

Hi hi Hello everyone... Assalamualaikum to all Muslim.. so here we go..  I am a newbie in a blog world..  this blog is created for assignment purpose and dedicated to Mr. Mohd Nazri :)

Let me introduce myself first..  I am Zeny Erna Firdiana binti Tukimi from Kota Tinggi, Johor Malaysia.. I am a finale year student from Universiti Pendidikan Sultan Idris majoring in Entrepreneurship and Commerce.

Well.... I loved food and all the arts in every plate of my food... and that is why I decided to share my passion through this blog.. so basically this blog will be tell all the stories during my journey to find the best food... of course my Mom is the best chef ever but because I'm living separately with my family now, I have to survive the new taste outside my comfort zone... Love you mom :)

OKAY... enjoy reading... thank you ^_^