background

Sunday, April 20, 2014

Do You Know TEMPE?

Do you know Tempe?

Did I mention that I am Javanese? Ya, nanti mesti ramai yang cakap nama je ala-ala omputih tapi rupanya orang Jawa.. Okay biasa dah dengar. Memang dari kecil mesti orang dok sakat macam tu.. Sigh~~

So, maaflah kalau makanan-makanan yang aku share dalam ruang ini kebanyakannya lebih kepada makanan daripada suku kaum Jawa. Bukanlah bersifat perkauman ke hapa, cuma aku lebih dekat dan kenal dengan makanan suku Jawa ni. Dah kalau mak, abah, tok moyang kau semua Jawa, than kau fikir mak aku nak masak spegeti kat rumah? Tidak lah sayang oi..


Okay fokus.. Balik semula kat kisah tempe. Rasanya ramai yang dah terjebak menggilai keenakkan serta kelazatan rasa tempe ni. Terutamanya bila digoreng dan dicecah dengan sambal kicap. Pehh! Sedap dia memang tahap kau nak jilat pinggan tahu tak? Eh, melampau sangat metaforanya... Tapi personally memang favorite aku tempe goreng ni.. Kalau dimasak, aku macam kurang sikit. Suka bila digoreng sahaja, the taste akan jadi lagi umpp..  kot?

Dan kalau tempat aku tinggal, which is kat Kota Tinggi nun sana tu.. ada mitos mengatakan yang kalau kita hari-hari makan tempe, kita boleh jadi pandai dari segi intelektualnya. Kiranya boleh jadi pandai lagi bijaksana lah. Tapi nak kata dongeng pun macam betul. Sebab aku ada kawan yang ayah dia pembuat serta penjual tempe sampai sekarang dan adik beradik dia Alhamdulillah semua berjaya. Dia ada 17 orang adik beradik okay, kawan aku tu sekarang masih belajar kat India dalam bidang Medic. Jadi, mitoskah ia?


Kalau yang tak tahu, tempe ni diperbuat daripada kacang soya. Proses buat dia memang memakan masa yang agak panjang sebab kacang soya tu perlu direndam ke dalam air selama beberapa ketika mungkin dalam seminggu untuk mendapatkan tekstur kacang soya yang terbaik dan menghasilkan tempe yang the best. Lepas dah rendam tu, kau kena pecahkan kacang soya tu guna mesin. Tapi kalau orang zaman dulu sebab teknologi belum maju lagi, diorang akan pijak-pijak je kacang soya tu sampai hancur. Tapi pijak tu beralas la untuk pastikan kebersihannya. Lepas tu, adalah campurannya untuk menjadikan kacang soya tu bercantum dan boleh dibungkus di dalam daun tempe (daun apa tak ingat nama). Kenapa aku macam tahu sangat ni? Sebabnya parents aku dulu pun pembuat tempe juga, tapi zaman sebelum aku lahir lah.. 

Dan kita tahu kekacang ni memang banyak khasiatnya.. Sebab tu lah mungkin ia boleh merangsang pertumbuhan otak sehingga tersebarnya mitos macam aku cerita tadi. Ni ada 10 khasiat tempe seperti yang dikaji oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM):

1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi, mudah dicerna sehingga baik untuk mengatasi  cirit-birit.
2. Mengandung zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan sehingga menurunkan tekanan darah.
3. Mengandung superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita jantung.
4. Membaiki masalah  anemia. Anemi ditandai dengan rendahnya kadar hemoglobin kerana kurang tersedianya zat besi (Fe), tembaga (Cu), Seng (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe.
5. Anti infeksi. Hasil survey menunjukkan bahwa tempe mengandung senyawa anti bakteri yang diproduksi oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotika yang bermanfaat meminimalkan kejadian infeksi.
6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak jenuh ganda pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol.
7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser.
8. Mencegah masalah gizi ganda (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang menyertainya, baik infeksi mahupun degeneratif.
9. Mencegah timbulnya hipertensi.
10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis.

Terbukti tempe ni memang bagus untuk dimakan sebab banyak khasiat yang aku pun baru tahu.. Lepas ni, korang makan snack tempe je la gamaknya ye.. 

Enjoy your tempe!

Thanks for reading this. 

XOXO
...zenyerna...



No comments:

Post a Comment