background

Sunday, April 13, 2014

EAT COLORS !

SALAM AND HELLO ALL!

Entry kali ni masih juga mengenai makanan. Sebab aku sejenis pemakan tegar. Aku kira aku hidup untuk makan! Eh, tak lah.. Matlamat makan masih lagi untuk manusia terus survive dalam kehidupan kan.. Okay korang, sedari kecil lagi mesti emak dan abah korang akan paksa korang makan sayur kan? dan kanak-kanak biasanya susah sangat disuruh makan sayur sebab warnanya hijau. Tapi tetap juga kena paksa makan walaupun kau nak protes seharian ke hapa ke, makan tetap makan. Masa aku kecil dulu, aku hairan juga.. kenapa nak dipaksa makan sayur? Cukuplah aku makan nasi dengan ayam atau ikan. Kenapa mesti sayur hijau tu? Why Mama, why?? okay tu drama~~

Nak tahu kenapa? Sebenarnya, setiap warna pada makanan tu membawa khasiat yang berbeza-beza. Sayur terutamanya kan ada banyak warna kan? Setiap warna tu ada khasiatnya yang tersendiri.. Sebab tu lah parents akan paksa anak diorang makan sayur sedari kecil lagi, untuk absorb khasiat makanan tu seawal usia kanak-kanak korang lah. Mak ayah kan selalu nak kan yang terbaik untuk anak-anak diorang. Takde maknanya diorang akan paksa korang benda-benda yang tak berfaedah..

Gambar bawah ni menerangkan secara ringkas khasiat makanan berdasarkan warna. Supaya korang senang paham so aku cari yang paling ringkas yang ada. Kalau ayat panjang lebar karang korang malas nak baca pula. Kan? (gambar via Google image)


Sekarang dah tahu kan khasiat makanan berdasarkan warna. So lepas ni tak boleh pilih-pilih dah tak nak makan yang tu lah, tak nak makan yang ni lah.. makan je segala jenis sayur-sayuran yang ada kat muka bumi ni. Okay?

Sekian sahaja, sampai ketemu lagi!


XOXO
...zenyerna...





No comments:

Post a Comment