Ada ke orang yang tak suka coklat? Okay mesti lah ada kan... Tak semua orang suka benda yang kau suka, tahu? Dan kita acapkali dimomokkan dengan cerita-cerita yang kononnya coklat ni menggemukkan lah, merosakkan gigi lah, meng itu dan meng ini lah.. dan sejujurnya, aku langsung tak terkesan pun dengan segala mitos yang tersebar luas tu. Sebab aku ni sejenis orang yang kalau aku dah suka, aku akan cari alasan untuk menjadikan benda tu kalau tak berkhasiat mana pun sekurang-kurangnya tak memudaratkan diri si pemakan.. Tapi kalau dah terbukti yang makanan tu memang confirm bahaya dan kau nak makan juga, kau memang cari nahas lah...
Adakah korang tahu yang coklat ni sebenarnya banyak khasiat juga untuk badan.. Tapi dengan pengambilan yang terkawal lah, bukan kau makan coklat style makan nasi pula.. Be moderate, kan aku dah pesan dulu, ingat?
Sayang semua, ni antara kebaikan coklat yang aku ambil daripada laman web http://www.sabah.edu.my/. Gigih hokey akak.. Kau hadeh!
Coklat bukan sahaja sejenis makanan yang berkhasiat tetapi juga menyumbang kepada pemakanan yang seimbang berdasarkan kepada asas pemakanan berikut:-
- Lemak merupakan 35% pengambilan tenaga secara purata
- Protein kira-kira 15% daripada pengambilan tenaga
- Karbohidrat kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga
Maka coklat boleh menyumbangkan:-
- 15% Lemak
- 6% Protein
- 17% Karbohidrat
- 15% Tenaga
++ Vitamin dan Mineral yang diperlukan
Wah wah wah... menarik bukan? Ish ni baru sikit, ada banyak lagi khasiat coklat ni. Aku tulis secara ringkas je lah ya. Untuk info lengkap boleh rujuk laman web kat atas tadi..
- Lemak koko dalam coklat merendahkan paras kolestrol.
- Coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik.
- Coklat mudah cair di dalam mulut yang menghalang pertumbuhan plak gigi.
- Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung.
- Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat.
- Secara perbandingan, sekeping coklat susu mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama.
Okay dah tahu kan khasiat coklat, so korang teruja tak macam mana aku tengah teruja sekarang ni? Kalau korang tak teruja maksudnya korang ni mesti spesis yang tak berapa berperasaan sangat. Kira agak hati batu juga lah korang ni. Eh, gurau... ihik.
Enjoy your Chocolate!
Thanks for reading..
XOXO
...zenyerna...



No comments:
Post a Comment