background

Thursday, April 3, 2014

Do you know Nasi Ambang?

 Do you know Nasi Ambang?

Aku yakin sebagai rakyat Malaysia, semua orang mesti tahu apa itu Nasi Ambang. Ke aku yang yakin sendiri waima sebenarnya orang tak tahu pun.. okay tidak mengapalah, pada yang tak tahu tu biar Kak Zeny bagitahu ye. Nak sebut Nasi Ambang ni dengung kena lebih sikit.. barulah macam orang Jawa gitu… sebab kalau orang Jawa kami panggil AMBENG bukan AMBANG okay adik-adik… Nasi Ambang ni biasanya lebih sinonim dengan orang yang berketurunan Jawa. Makanya, memang buat malu keturunan lah kalau aku tak tahu apa itu Nasi Ambang walhal di kedua-dua side mak dan abah, diorang berdua memang orang Jawa sejati okey…  Kalau kat Malaysia ni, Nasi Ambang lebih popular dalam kalangan masyarakat Jawa-Johor dan Jawa-Selangor.  Aku ni keturunan Jawa-Johor, jadi aku memang membesar dengan Nasi Ambang.. Dari kecil lagi, kalau abah balik kenduri mesti bawa balik Nasi Ambang sebab biasanya Nasi Ambang akan dihidangkan sewaktu ada keraian atau ada majlis kenduri kendara. Orang kata, Nasi Ambang ni merupakan lambang keberuntukan, sebab tu lah selalunya dihidangkan semasa kenduri kesyukuran atau ‘selamatan’ dalam istilah jawanya.. 

Gambar dari Google.. Nasi Ambang yang dihdang di atas talam..
Kalau bukan orang Jawa, mula-mula tu mesti akan berasa pelik dengan cara hidangan Nasi Ambang ni. Abang ipar aku orang Pahang. Masa first time dia ikut abah pergi kenduri, memang dia agak culture shock jugak lah.. ye la, tuan rumah hidangkan Nasi Ambang, tapi bila dia baru mula nak makan, orang lain semua sibuk bungkus nasi masuk dalam plastik.. Nasi Ambang biasanya akan dihidangkan kat dalam dulang untuk 4-5 orang makan.. tapi biasanya untuk 4 orang lah, jadi tuan rumah akan siap-siap sediakan 4 ketul ayam, kiranya lauk untuk 4 orang makan dan tak perlu rebut-rebut pun sebab semua orang akan dapat bahagian masing-masing.. tapi sebab abang ipar aku waktu tu dia macam terkejut, dia pun suruh pakcik-pakcik tu bungkus sekali bahagian dia.. at last dia balik berlapar walhal balik dari kenduri kot. kesian… Oleh sebab Nasi Ambang tu orang akan bungkus bawa balik rumah, tuan rumah biasanya akan sediakan makanan lain untuk dimakan kat situ. Contohnya macam kuih-muih ke, buah-buahan ke atau apa-apa sahaja yang lebih ringan berbanding nasi.. Macam tu lah kaedahnya.. 

Apa je lauk Nasi Ambang ni? Okay Nasi Ambang ni merupakan hidangan khas masyarakat Jawa berupa nasi putih yang dihidangkan di dalam dulang atau talam beralas daun pisang dan diletakkan lauk pauk disekelilingnya. Lauk pauk biasanya berasaskan kicap seperti ayam masak kicap, sambal goreng Jawa (menggunakan kicap), serunding, mee goreng (ni pun guna kicap) dan ikan masin (biasanya menggunakan ikan masin bulu ayam untuk Nasi Ambang). Dan sedikit info, paling penting Nasi Ambang ni orang akan makan menggunakan tangan ye dik bukan pakai sudu garfu.. kalau korang makan Nasi Ambang guna sudu garfu, jangan kecik hati la pulak kalau satu kampung gelakkan engkau nanti ye. Tehee.. 

Okay itu je la rasanya sedikit tentang Nasi Ambang kegemaran masyarakat Jawa seantero dunia. So, in case kalau korang kawin dengan orang Jawa, takde la korang culture shock sangat macam abang ipar aku.. hahaha 

Sekian… Thanks for reading this.. 

LOVE
..zenyerna…



No comments:

Post a Comment