background

Wednesday, March 5, 2014

Do you know 'KEROPOK LEKOR'??

Hi all.. Assalamualaikum..

do you know KEROPOK LEKOR?

Keropok lekor.. makanan paling dekat dengan rakyat Malaysia.. rasanya aku anak Jawa sejati ni pun gila betul dengan keropok lekor.. terpulang la korang tapi aku suka kalau keropok lekor tu tak terlalu tebal atau tak terlalu tipis… kira macam just nice lah untuk memudahkan gigi terabur aku ni mengunyah dan tekak menelan… jadi boleh hadam dengan elok kan..

Gambar ihsan GOOGLE IMAGE
Like how Prosperity Burger in McDonalds remains you of Chinese New Year, and Grill Chicken Burger (GCB) is remains you of Hari Raya.. KEROPOK LEKOR always remain me of my school life.. zaman hingusan. Zaman baru nak pandai belajar erti kawan.. zaman di mana kau hidup tanpa perlu fikir apa-apa pun pasal masa depan.. orang putih kata living without no worries.. ye lah, zaman tu apa saja lah yang kau nak fikir.. paling besar masalah pun cuma masalah tak siap kerja sekolah.. okay tu memang sengaja lah cari masalah sendiri kan.. datang sekolah cuma nak borak dengan kawan-kawan. Seronok gossip pasal orang lain macam diri sendiri perfect sangat..

Kringgg….

Loceng rehat paling best.. biasanya aku dah siap pasang kuda-kuda dah.. loceng bunyi je terus lari target kantin.. berebut-rebut nak beli ‘keropok basah’ (orang JOHOR panggil keropok lekor tu keropok basah).. kalau lambat nanti mesti tak sempat beli jadi kena berebut sikit.. hari-hari beli seringgit. Dapat la sepuluh keping.. puas makan sorang, kalau ada member mintak perhh memang bengang sebab rasa heaven sangat dapat makan keropok lekor zaman tu..  sos memang kena banjir baru sedap. Lepas tu habis menjejes kena tudung sekolah.. masa tu apa ada hal, tak rasa pengotor tahap dinasor pun walaupun sos penuh kat tudung walhal bila balik rumah mesti mak marah sebab satu hal nak kena sental tudung kasi putih balik…

Zaman itu.. kalau boleh putar waktu aku nak balik semula ke zaman tu… sebab zaman dulu-dulu tu kan seronok. Tapi yang pasti semua tu cuma kalau.. sekarang dah 24 tahun. Aku masih lagi suka keropok lekor walaupun sampai sekarang aku tak pernah jumpa mana-mana kedai yang potong keropok lekor sebijik macam makcik kantin sekolah aku dulu potong.. atau yang punya sama rasa macam zaman sekolah dulu.. mungkin takkan jumpa yang sama lagi, sebab memori zaman sekolah tu yang buat keropok lekor sedap sampai tahap makan hari-hari pun gua takde hal… 


Memory is the best things you have because we cannot keep things forever but memory is everlasting. Semua-semua yang pernah ada bersama aku selama ni, terima kasih. Untuk semua memori yang takkan pernah mampu terlupakan, I am truly appreciated it. Moga kita semua capai apa sahaja yang kita cita-cita kan dulu.. 

Darjah 6 tahun 2002 SK SERI AMAN.. UPSR candidates..
Tingkatan 5 tahun 2007 SMK SERI AMAN: SPM candidates
Upper 6 tahun 2009 SMK BANDAR KOTA TINGGI: STPM candidates....
I am truly bless to call you my friends, hope you know that… miss all the moment that we shared.. the tears and joy…miss you much my friends J

THANKS FOR READING…



No comments:

Post a Comment