background

Monday, March 17, 2014

Do you ever eat at the RESTAURANT?

Aku yakin setiap daripada kita pernah paling tidak sekali makan kat kedai makan kan.. tak kiralah untuk tujuan apa sekalipun… sebab nak buat discussion ke atau nak borak kosong ke atau sengaja memang lapar dan malas nak masak jadi pilihan paling best yang ada pergi lah kedai makan with lots choices of food to choose. Aku pun sejak jadi student ni dan sebab kena survive makan sendiri, selalu lah makan luar.. lepak kedai makan.. lagi best kalau ada free wifi.. tak lah sakit hati sangat tungu service lambat macam kucing malas..

Yes that is the point here.. Service lambat a.k.a lembab.. siapa yang tak sakit hati kan.. plus makanan pulak rasa hampeh perhh lagi gua bengang beb.. sebab aku jenis yang suka cuba tempat baru. Eh silap.. bukan aku tapi kawan aku. Kalau ikutkan, aku suka pergi kedai yang sama je sebab sah la kita dah tau service and quality makanan diorang tip top.. Tapi bak kata kawan gua, ‘kita kan nak mencuba’ jadi ikutkan lah… selalu masuk kedai lain-lain, try mana paling best jadi boleh buat perbandingan which stall give you the best service (since we are a business students so we have to experience it ourselves about the marketing strategy and stuff.. )

Enty ni aku tulis khas untuk mereka-mereka yang amatlah tak penyabarnya bila berdepan dengan kes-kes macam ni.. SERVICE SIPUT.. Ya aku tahu memang sakit hati lagi-lagi time korang lapar tahap nak kena gastric… mesti time tu kau rasa dah kenapa kedai ni lembab sangat.. lepas tu mula la nak jadi serigala jadian, semua pekerja kedai kau nak marah.. maki hamun dengan kata-kata nista macam engkau ni kerajaan seluruh wilayah.. owh please, I seriously sick of this people..Aku pernah kerja jadi pelayan kedai makan dan aku salah sorang pekerja malang yang free free kena maki dengan pelanggan.. How loser you feel when the customer treat you like an animals.. Do I look like an animal to you MAKCIK? Bukankan sedari kecil lagi kita diajar untuk menghormati sesama manusia tanpa mengira status ataupun keturunan?

FZ Delicious Restaurant. tempat kerja aku sepanjang cuti semester lepas.

Aku juga seorang pelanggan..dan lebihnya aku juga pernah merasa bagaimana rasanya menjadi pelayan kedai makan.. jujur sebelumnya aku juga keji, memandang semua pekerja kedai makan ni paling rendah pendidikannya.. paling tak diterima mana-mana sektor pekerjaan lain.. paling biasa-biasa.. MAAF, silap aku paling besar untuk punya akal fikiran secetek itu…. Jadi mungkin layak untuk aku terima herdik pelanggan aku dulunya.. well, the world is round dude! What you give, you get them back.. Allah is there watching every step of you…

Tapi, hanya sebab kita mungkin lebih sikit dari diorang tak membolehkan kita menjadi biadab. Kita kan sesama manusia, cuba letak diri korang kat tempat diorang. Apa kau rasa kena hina depan orang ramai? sakit hati beb, and obviously perasaan tu akan buat kau rasa down gila macam kau ni useless habis! Hormatlah... kita semua hamba, yang lebih cuma amalan kita barangkali.. tapi kalau kau riak, tidakkah amalan kau itu jadi tiada makna..

Dan tafsiran angkuh aku sememangnya salah! Siapa kata semua pekerja kedai makan tu tidak punya pendidikan. Obviously, time aku kerja dulu pun aku tengah semester break.. dan tahap pendidikan aku ialah Ijazah Sarjana Muda Pendidikan! Dan sebenarnya aku kerja kedai kakak aku waktu tu.. dan kakak aku adalah Account Executive dekat satu syarikat swasta.. sebab minat dia bukak kedai makan dengan husband dia… husband dia pulak Marketing Manager dekat satu Kolej Swasta kat Johor.. dan masa aku ambil lesan dulu, ketua JPJ time tu pun dia ada buka kedai makan.. dia pun promote la kedai makan dia kat kami orang suruh datang… SEE!! Bukankah mereka-mereka pada dasarnya punya pekerjaan yang jauh lebih kukuh, tetapi disebabkan minat dalam bidang makanan, diorang sanggup bekerja dalam sektor perkhidmaan pada malam hari.. jadi siapa kita untuk merendahkan mereka yang kita sendiri tidak tahu asal usulnya.. entah barangkali taraf mereka jauh lebih baik dari kita yang berlagak baik ni.. I should feel ashamed for thinking that way before!!

And kau rasa diorang saja-saja ke nak lambat? Siapa tau entah kat dapur tu tangan dioran melecur ke, entah terkena pisau ke, entah-entah diorang jatuh bedebuk tersungkur ke.. kau tak tau dan kau pun tak kan ambil tau sebab bengang punya pasal. This is the fact, nobody care how you make it. They just want you to make it real fast no matter how thing turn out to be.. no matter what you are going through. Now, do you surprise how human can be so mean to other human being!

Jadi anda-anda, hormatlah sesama manusia.. kalau korang bengang, sedekah lah senyum kat diorang.. Don’t you know, SMILE can heal everything? Tak payah marah-marah rasanya, tak elok untuk perkembangan emosi andakalau confirm service diorang memang hampeh gila, next time dah tak payah datang kedai tu lagi.. banyak lagi kedai lain boleh pilih.. hormat, bersangka baik, be positive.. and at the end, everyone going to be happy..

Aku wakil semua pelayan kedai makan, nak cakap terima kasih pada semua yang ada daya untuk sabar, untuk hormat kami, untuk setiap terima kasih anda pada kami.. Seriously, a simple Thank You could means a world to us.. so, THANK YOU..



Thank you for stay till the end.. .

and thank you for reading this J





No comments:

Post a Comment