background

Friday, April 25, 2014

Info For You : PIRAMID MAKANAN


Entry ni bertujuan untuk menyedarkan anda dan diri aku sendiri sebenarnya.. Untuk mereka-mereka yang suka makan tu, bagus sebab korang menghargai nikmat hidup yang ada.. 

Cuma... 
dek kerana makanan zaman sekarang ni yang banyak campuran bahan kimia yang menjadikan makanan tu tak sihat, jadi kita kena lah beringat juga. Mana yang perlu dilebihkan, mana yang perlu dikurangkan kena juga kita ambil tahu.
Okay?

PIRAMID MAKANAN ni  korang boleh gunakan sebagai rujukan dan panduan. Tengok dan analisis mana yang boleh dan mana yang tak boleh. Macam biasa lah, be moderate. Aku dah pesan banyak kali kan? Suka macam mana pun kat makanan tu, kena beringat memudaratkan diri ke tidak. 
Barulah hidup sentiasa sejahera... 


Dah tengok, kena ingat.. 
Kalau tak ingat, korang tulis lah kat mana-mana kasi ingat. Barulah cool, tahu? 
Lagi sekali pesanan tu untuk diri aku sendiri sebenarnya.. sigh~~

Selamat bersihat-sihat!

Thanks for reading this..

XOXO
...zenyerna...







Tuesday, April 22, 2014

Do You Know CHOCOLATE?

Do You Know CHOCOLATE?


Ada ke orang yang tak suka coklat? Okay mesti lah ada kan... Tak semua orang suka benda yang kau suka, tahu?  Dan kita acapkali dimomokkan dengan cerita-cerita yang kononnya coklat ni menggemukkan lah, merosakkan gigi lah, meng itu dan meng ini lah.. dan sejujurnya, aku langsung tak terkesan pun dengan segala mitos yang tersebar luas tu. Sebab aku ni sejenis orang yang kalau aku dah suka, aku akan cari alasan untuk menjadikan benda tu kalau tak berkhasiat mana pun sekurang-kurangnya tak memudaratkan diri si pemakan.. Tapi kalau dah terbukti yang makanan tu memang confirm bahaya dan kau nak makan juga, kau memang cari nahas lah...

Adakah korang tahu yang coklat ni sebenarnya banyak khasiat juga untuk badan.. Tapi dengan pengambilan yang terkawal lah, bukan kau makan coklat style makan nasi pula.. Be moderate, kan aku dah pesan dulu, ingat? 

Sayang semua, ni antara kebaikan coklat yang aku ambil daripada laman web http://www.sabah.edu.my/. Gigih hokey akak.. Kau hadeh!

Coklat bukan sahaja sejenis makanan yang berkhasiat tetapi juga menyumbang kepada pemakanan yang seimbang berdasarkan kepada asas pemakanan berikut:-
  • Lemak merupakan 35% pengambilan tenaga secara purata
  • Protein kira-kira 15% daripada pengambilan tenaga
  • Karbohidrat kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga
Maka coklat boleh menyumbangkan:-
  • 15% Lemak
  • 6% Protein
  • 17% Karbohidrat
  • 15% Tenaga
++ Vitamin dan Mineral yang diperlukan

Wah wah wah... menarik bukan? Ish ni baru sikit, ada banyak lagi khasiat coklat ni. Aku tulis secara ringkas je lah ya. Untuk info lengkap boleh rujuk laman web kat atas tadi.. 
  • Lemak koko dalam coklat merendahkan paras kolestrol.
  • Coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik.
  • Coklat mudah cair di dalam mulut yang menghalang pertumbuhan plak gigi.
  • Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung.
  • Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. 
  • Secara perbandingan, sekeping coklat susu mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama.
Okay dah tahu kan khasiat coklat, so korang teruja tak macam mana aku tengah teruja sekarang ni? Kalau korang tak teruja maksudnya korang ni mesti spesis yang tak berapa berperasaan sangat. Kira agak hati batu juga lah korang ni. Eh, gurau... ihik.


Enjoy your Chocolate!

Thanks for reading..

XOXO
...zenyerna...



Sunday, April 20, 2014

Do You Know TEMPE?

Do you know Tempe?

Did I mention that I am Javanese? Ya, nanti mesti ramai yang cakap nama je ala-ala omputih tapi rupanya orang Jawa.. Okay biasa dah dengar. Memang dari kecil mesti orang dok sakat macam tu.. Sigh~~

So, maaflah kalau makanan-makanan yang aku share dalam ruang ini kebanyakannya lebih kepada makanan daripada suku kaum Jawa. Bukanlah bersifat perkauman ke hapa, cuma aku lebih dekat dan kenal dengan makanan suku Jawa ni. Dah kalau mak, abah, tok moyang kau semua Jawa, than kau fikir mak aku nak masak spegeti kat rumah? Tidak lah sayang oi..


Okay fokus.. Balik semula kat kisah tempe. Rasanya ramai yang dah terjebak menggilai keenakkan serta kelazatan rasa tempe ni. Terutamanya bila digoreng dan dicecah dengan sambal kicap. Pehh! Sedap dia memang tahap kau nak jilat pinggan tahu tak? Eh, melampau sangat metaforanya... Tapi personally memang favorite aku tempe goreng ni.. Kalau dimasak, aku macam kurang sikit. Suka bila digoreng sahaja, the taste akan jadi lagi umpp..  kot?

Dan kalau tempat aku tinggal, which is kat Kota Tinggi nun sana tu.. ada mitos mengatakan yang kalau kita hari-hari makan tempe, kita boleh jadi pandai dari segi intelektualnya. Kiranya boleh jadi pandai lagi bijaksana lah. Tapi nak kata dongeng pun macam betul. Sebab aku ada kawan yang ayah dia pembuat serta penjual tempe sampai sekarang dan adik beradik dia Alhamdulillah semua berjaya. Dia ada 17 orang adik beradik okay, kawan aku tu sekarang masih belajar kat India dalam bidang Medic. Jadi, mitoskah ia?


Kalau yang tak tahu, tempe ni diperbuat daripada kacang soya. Proses buat dia memang memakan masa yang agak panjang sebab kacang soya tu perlu direndam ke dalam air selama beberapa ketika mungkin dalam seminggu untuk mendapatkan tekstur kacang soya yang terbaik dan menghasilkan tempe yang the best. Lepas dah rendam tu, kau kena pecahkan kacang soya tu guna mesin. Tapi kalau orang zaman dulu sebab teknologi belum maju lagi, diorang akan pijak-pijak je kacang soya tu sampai hancur. Tapi pijak tu beralas la untuk pastikan kebersihannya. Lepas tu, adalah campurannya untuk menjadikan kacang soya tu bercantum dan boleh dibungkus di dalam daun tempe (daun apa tak ingat nama). Kenapa aku macam tahu sangat ni? Sebabnya parents aku dulu pun pembuat tempe juga, tapi zaman sebelum aku lahir lah.. 

Dan kita tahu kekacang ni memang banyak khasiatnya.. Sebab tu lah mungkin ia boleh merangsang pertumbuhan otak sehingga tersebarnya mitos macam aku cerita tadi. Ni ada 10 khasiat tempe seperti yang dikaji oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM):

1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi, mudah dicerna sehingga baik untuk mengatasi  cirit-birit.
2. Mengandung zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan sehingga menurunkan tekanan darah.
3. Mengandung superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita jantung.
4. Membaiki masalah  anemia. Anemi ditandai dengan rendahnya kadar hemoglobin kerana kurang tersedianya zat besi (Fe), tembaga (Cu), Seng (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe.
5. Anti infeksi. Hasil survey menunjukkan bahwa tempe mengandung senyawa anti bakteri yang diproduksi oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotika yang bermanfaat meminimalkan kejadian infeksi.
6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak jenuh ganda pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol.
7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser.
8. Mencegah masalah gizi ganda (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang menyertainya, baik infeksi mahupun degeneratif.
9. Mencegah timbulnya hipertensi.
10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis.

Terbukti tempe ni memang bagus untuk dimakan sebab banyak khasiat yang aku pun baru tahu.. Lepas ni, korang makan snack tempe je la gamaknya ye.. 

Enjoy your tempe!

Thanks for reading this. 

XOXO
...zenyerna...



Tuesday, April 15, 2014

EAT COLORS : PART 2

SALAM AND HI AND HELLO AND WHAT'S UP GUYS?

Entry ringkas kali ni masih lagi pasal warna pada makanan ye kawan-kawan.

Sebab sekarang ni dah tahu nutrition yang ada untuk setiap warna pada makanan. Tapi masalahnya orang jadi confuse, warna hijau ni apa je makanan yang ada. Karang warna ungu pula makanan apa je. Warna putih lagi la masalah, sayur apa je yang ada warna putih, kan?

Okay takpe jangan kalut. At least korang ada usaha untuk tahu tu dah kira terbaik sangat la tu. Ye lah, ramai Lecturer aku pesan yang menilai kesungguhan pelajar tu ialah daripada effort pelajar itu sendiri. 'A' bukan ditentukan hanya berdasarkan ujian di atas kertas, tetapi melalui effort yang berterusan untuk mendapatkan 'A' itu sendiri.. Emm kadang aku pun dok fikir, cukup ke effort aku yang tak seberapa ni? Eh, lari tajuk kot, sorry.. 

Let's continue..  

Kat bawah ni adalah roda makanan berdasarkan warna. Korang paham-paham kan ye, take note mana perlu.. (gambar masih lagi via Google Image)


Tulisannya tonggang terbalik sikit, harap maaf... Okay sekarang dah tahu makanan apa je berdasarkan warna kan? So, lepas ni dah boleh buat planing nak makan apa day by days. Takde la hari-hari dok makan sayur kangkung dengan terung. Variasi la sikit... Come on lah babe.. Okay tu kata-kata untuk diri sendiri sebenarnya!

Thanks for reading!

XOXO
...zenyerna...







Sunday, April 13, 2014

EAT COLORS !

SALAM AND HELLO ALL!

Entry kali ni masih juga mengenai makanan. Sebab aku sejenis pemakan tegar. Aku kira aku hidup untuk makan! Eh, tak lah.. Matlamat makan masih lagi untuk manusia terus survive dalam kehidupan kan.. Okay korang, sedari kecil lagi mesti emak dan abah korang akan paksa korang makan sayur kan? dan kanak-kanak biasanya susah sangat disuruh makan sayur sebab warnanya hijau. Tapi tetap juga kena paksa makan walaupun kau nak protes seharian ke hapa ke, makan tetap makan. Masa aku kecil dulu, aku hairan juga.. kenapa nak dipaksa makan sayur? Cukuplah aku makan nasi dengan ayam atau ikan. Kenapa mesti sayur hijau tu? Why Mama, why?? okay tu drama~~

Nak tahu kenapa? Sebenarnya, setiap warna pada makanan tu membawa khasiat yang berbeza-beza. Sayur terutamanya kan ada banyak warna kan? Setiap warna tu ada khasiatnya yang tersendiri.. Sebab tu lah parents akan paksa anak diorang makan sayur sedari kecil lagi, untuk absorb khasiat makanan tu seawal usia kanak-kanak korang lah. Mak ayah kan selalu nak kan yang terbaik untuk anak-anak diorang. Takde maknanya diorang akan paksa korang benda-benda yang tak berfaedah..

Gambar bawah ni menerangkan secara ringkas khasiat makanan berdasarkan warna. Supaya korang senang paham so aku cari yang paling ringkas yang ada. Kalau ayat panjang lebar karang korang malas nak baca pula. Kan? (gambar via Google image)


Sekarang dah tahu kan khasiat makanan berdasarkan warna. So lepas ni tak boleh pilih-pilih dah tak nak makan yang tu lah, tak nak makan yang ni lah.. makan je segala jenis sayur-sayuran yang ada kat muka bumi ni. Okay?

Sekian sahaja, sampai ketemu lagi!


XOXO
...zenyerna...





Thursday, April 10, 2014

To Food Lover...

Salam.. 

Hi all.. 

this word is for you food lover!
enjoy your meal and have fun dear..


Yes I know, We are the best people.. All of us are the best people..
enjoy your life, enjoy your food..
but remember, eat clean!


LOVE

XOXO
...zenyerna...



Saturday, April 5, 2014

Info For You.. FRUIT

Hi guys...

Do you a fruit lover?
or maybe you hate fruit??

This is the reason why you should love fruit... 


Eat clean, stay healthy!

XOXO
...zenyerna...